Senin, 23 Desember 2013

Tun M Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah


BANGI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah sempena Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke-16, di sini.

Dr Mahathir menerima anugerah dalam bidang Pengurusan Komunikasi dan Teknologi dari Kolej Teknologi Maklumat Uniten atas sumbangan beliau yang peka dengan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semasa menjadi Perdana Menteri.

Anugerah disampaikan Canselor Uniten, Tun Dr Abdul Rahman Abbas.

Dua lagi tokoh iaitu Tan Seri Lee Lam Thye menerima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Manusia dan Prof Datuk Zainul Abidin Md Sharif dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Uniten.

Konvokesyen kali ini yang berlangsung selama empat hari bermula semalam, turut menganugerahkan Ijazah Sarjana serta Ijazah Sarjana Muda kepada 1,940 graduan universiti berkenaan. – BERNAMA


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger