Minggu, 29 Desember 2013

PRU13 Tempoh kempen 15 17 hari

sinar harian

15 Mei 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar tidak menolak kemungkinan memanjangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) melebihi 10 hari.

Beliau berkata, ini berasaskan kepada komitmen SPR untuk mengadakan minimum tempoh berkempen bagi sesebuah PRU selama 10 hari, yang mana jauh lebih tinggi daripada tempoh tujuh hari yang ditetapkan sebelum ini.
Bersih 2.0 menuntut agar kempen pilihan raya dilanjutkan sehingga 21 hari.
Di bawah Akta Pilihan Raya, tempoh minimum kempen ialah tujuh hari dan lazimnya diperuntukkan 10 hingga 13 hari.
"Berkemungkinan SPR akan memberi tempoh berkempen selama 15, 16 atau 17 hari.

"Namun begitu, segalanya akan diputuskan oleh SPR apabila satu mesyuarat khas bagi menetapkan tempoh rasmi berkempen diadakan selepas pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya ketika ditemu ramah dalam program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24.

Dipetik Bernama, beliau berkata, bagaimanapun menetapkan tempoh berkempen yang sesuai, SPR perlu melakukannya secara berhati-hati bagi memastikan prosiding PRU dapat berjalan seperti yang dirancang.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger