Jumat, 21 Februari 2014

Warga Melayu Singapura maut di Melbourne Australia

0 komentar

SELASA, 19 JUN 2012


Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang kanak-kanak dan mencederakan lima anggota keluarganya berlaku di Lebuh Raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne pada 7 pagi semalam (5 pagi waktu Singapura).




SINGAPURA - SATU lagi kemalangan maut berlaku di luar negara, kali ini membabitkan satu keluarga Melayu yang sedang bercuti di Melbourne, Australia.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terkorban manakala lima anggota keluarganya tercedera setelah van yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok di sebuah lebuhraya di wilayah Victoria, Australia, pagi semalam.

Keluarga enam orang itu dilaporkan sedang bercuti di Australia ketika nahas itu berlaku sekitar 7 pagi (5 pagi waktu Singapura) di Lebuh raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne.

Tragedi itu berlaku selang tiga hari selepas satu kemalangan jalan raya berlaku di New Zealand, yang meragut nyawa pasangan pengantin baru warga Singapura, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media Australia, The Age, mangsa yang terkorban meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi remaja berusia 12 dan 15 tahun cedera parah di kepala. Kedua-dua mangsa telah diterbangkan ke Hospital Diraja Kanak-Kanak.

Seorang wanita berusia 44 tahun dan seorang lagi kanak-kanak berusia 13 tahun turut tercedera dan telah dibawa ke Hospital Northern. Mereka kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Manakala pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan diterbangkan ke Hospital Royal Melbourne.

Kemalangan menyebabkan beg-beg dan pakaian bertaburan di sepanjang lebuh raya yang sibuk.

Difahamkan, keluarga berkenaan sedang menaiki van berwarna putih dalam perjalanan ke selatan apabila nahas berlaku.

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan laluan lebuh raya itu ditutup.

Polis Victoria berkata para pegawai dari Unit Siasatan Nahas Serius sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurut MFA, pihaknya tahu tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan keluarga enam warga Singapura itu.

"Kami sedang berhubung dengan salah seorang mangsa dan keluarga terdekat mereka di Singapura.

"Seorang pegawai MFA dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Canberra kini di Melbourne bagi menghulurkan bantuan konsular kepada keluarga berkenaan," kata jurucakap MFA menerusi e-mel.

Kementerian itu enggan mendedahkan maklumat lanjut identiti mangsa.

Dimaklumkan, pemandu lelaki itu dikenali sebagai Encik Fauzy Aman, 47 tahun.

Kakaknya, Cik Faridah Aman, 54 tahun, memberitahu, keluarganya dimaklumkan tentang kemalangan itu oleh seorang pegawai kementerian pada sekitar 1 tengah hari semalam.

"Saya hanya tahu salah seorang anak saudara saya telah meninggal dunia, tiga lagi termasuk adik saya masih dirawat di unit jagaan rapi," katanya dengan nada sayu.
Read more ►

Rabu, 25 Desember 2013

RCI diberitahu warga Pakistan India dapat kad pengenalan tukar tempat lahir

0 komentar


January 18, 2013

KOTA KINABALU, 18 Jan — Dua orang warga asing Pakistan dan India memberitahu inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing mengakui mereka mendapat kad pengenalan biru kurang dari 10 tahun selepas tiba di Sabah pada tahun 1980an.

Mohamed Hussein, dilahirkan di Pakistan, dan Aziz Kasim, dilahirkan di Tamil Nadu, India, berkata mereka menukarkan tempat lahir dalam kad pengenalan biru Malaysia kepada Tawau dan Kunak di Sabah.
“Dalam kenyataan kamu kepada pegawai penyiasat suruhanjaya ini, kamu kata kamu bekerja di Tawau pada tahun 1988, seorang warga Pakistan dan beberapa rakyat Malaysia bertanya adakah kamu mahukan pasport Malaysia, dan memberitahu syaratnya jika kamu mahu tinggal di Malaysia, tolong kerajaan dengan mengundi,” kata pegawai Jamil Aripin di RCI hari ini.

“Mereka berikan saya kad pengenalan,” kata Mohamed, menambah beliau juga menerima pasport Malaysia.
Mohamed berkata beliau tiba di Sabah untuk mencari pekerjaan dan menerima kad pengenalan biru dua atau tiga tahun kemudian.
Beliau menambah turut mengundi empat hingga lima kali pilihan raya semenjak itu.

Aziz berkata beliau tiba di Sabah pada tahun 1980 dan mendapat kad pengenalan biru pada 1987.
Tetapi mengikut Undang-Undang Kewarganegaraan 1964, seseorang yang mahu menjadi warganegara Malaysia melalui naturalisasi mesti menjadi penduduk tetap sehingga 12 tahun dan berada di Malaysia lebih dari 10 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semalam bahawa tidak ada salahnya memberi kewarganegaraan kepada warga asing asalkan ia diberi secara sah melalui undang-undang.
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat — dari 1981 hingga 2003 — dituduh menjadi dalang kepada “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang asing sebagai pertukaran untuk mendapatkan undi.

Namun begitu bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan “Projek IC”.
Dr Mahathir berkata pendatang asing memang menerima kewarganegaraan, tetapi menegaskan ia masih “mengikut undang-undang”.

Aziz berkata pegawai kerajaan bertemu dengannya dan rakan sekerjanya di sebuah restoran di negeri ini pada tahun 1987 dan menawarkan kad pengenalan biru, tetapi beliau tidak ingat dari jabatan mana pegawai kerajaan itu.
“Selepas empat bulan, pegawai tersebut datang semula dan berikan kamu kad pengenalan biru?” tanya Jamil.
“Ya,” kata Aziz, 54, yang kini bekerja sebagai seorang tukang masak.

Beliau menambah beliau menerima pasport Malaysia pada tahun 1995, tetapi hilang pasport Indianya.
Aziz berkata beliau mengundi sebanyak empat kali, termasuk pilihan raya negeri dewan undangan negeri Likas tahun 1990 dan 1994.

Mahkamah tinggi memutuskan pilihan raya di Likas pada tahun 1999 adalah tidak sah selepas mendapati daftar pemilih mempunyai pengundi hantu, termasuk warga negara asing.
Aziz berkata beliau menganggap dirinya sebagai rakyat Malaysia dan tidak mahu pulang ke India, menambah ketiga-tiga anaknya mempunyai MyKad.

Mohamed, 48, berkata orang yang memberi kad pengenalan biru itu memberitahunya untuk mendaftar sebagai pengundi, tetapi tidak mencadangkan parti politik mana yang perlu diundi.
“Adakah kamu masih warga Pakistan?” tanya Jamil.
“Tidak, saya rakyat Malaysia,” kata Mohamed, yang memakai kopiah putih.
Mohamed dan Aziz berkata mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dari negara asal.
Inkuiri akan diteruskan pada 29 Januari oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. TMI
Read more ►

Jumat, 20 Desember 2013

Warga emas maut terjatuh dari tingkat tiga Hospital Pulau Pinang

0 komentar
Salam semua,


Warga emas maut terjatuh dari tingkat tiga Hospital Pulau Pinang

GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas yang baru seminggu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tiga hospital itu di sini hari ini.


Pada kejadian pukul 1 tengah hari itu, lelaki terbabit, R. Tanchavarnam, 68, dimasukkan ke wad hospital itu selepas disyaki menghidap penyakit batuk kering. 


Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata lelaki terbabit sebelum itu dikatakan mengadu kepada beberapa orang jururawat dan doktor bahawa dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat penyakit yang dialaminya.

"Seorang jururawat telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berhubung penemuan mayat itu," katanya.


Gan berkata ini adalah kes pertama seumpamanya berlaku di hospital itu.

Beliau berkata siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat. - BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger