Jumat, 21 Februari 2014

Warga Melayu Singapura maut di Melbourne Australia

0 komentar

SELASA, 19 JUN 2012


Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang kanak-kanak dan mencederakan lima anggota keluarganya berlaku di Lebuh Raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne pada 7 pagi semalam (5 pagi waktu Singapura).




SINGAPURA - SATU lagi kemalangan maut berlaku di luar negara, kali ini membabitkan satu keluarga Melayu yang sedang bercuti di Melbourne, Australia.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terkorban manakala lima anggota keluarganya tercedera setelah van yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok di sebuah lebuhraya di wilayah Victoria, Australia, pagi semalam.

Keluarga enam orang itu dilaporkan sedang bercuti di Australia ketika nahas itu berlaku sekitar 7 pagi (5 pagi waktu Singapura) di Lebuh raya Hume dekat Northwood di utara Melbourne.

Tragedi itu berlaku selang tiga hari selepas satu kemalangan jalan raya berlaku di New Zealand, yang meragut nyawa pasangan pengantin baru warga Singapura, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media Australia, The Age, mangsa yang terkorban meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi remaja berusia 12 dan 15 tahun cedera parah di kepala. Kedua-dua mangsa telah diterbangkan ke Hospital Diraja Kanak-Kanak.

Seorang wanita berusia 44 tahun dan seorang lagi kanak-kanak berusia 13 tahun turut tercedera dan telah dibawa ke Hospital Northern. Mereka kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Manakala pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan diterbangkan ke Hospital Royal Melbourne.

Kemalangan menyebabkan beg-beg dan pakaian bertaburan di sepanjang lebuh raya yang sibuk.

Difahamkan, keluarga berkenaan sedang menaiki van berwarna putih dalam perjalanan ke selatan apabila nahas berlaku.

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan laluan lebuh raya itu ditutup.

Polis Victoria berkata para pegawai dari Unit Siasatan Nahas Serius sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurut MFA, pihaknya tahu tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan keluarga enam warga Singapura itu.

"Kami sedang berhubung dengan salah seorang mangsa dan keluarga terdekat mereka di Singapura.

"Seorang pegawai MFA dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Canberra kini di Melbourne bagi menghulurkan bantuan konsular kepada keluarga berkenaan," kata jurucakap MFA menerusi e-mel.

Kementerian itu enggan mendedahkan maklumat lanjut identiti mangsa.

Dimaklumkan, pemandu lelaki itu dikenali sebagai Encik Fauzy Aman, 47 tahun.

Kakaknya, Cik Faridah Aman, 54 tahun, memberitahu, keluarganya dimaklumkan tentang kemalangan itu oleh seorang pegawai kementerian pada sekitar 1 tengah hari semalam.

"Saya hanya tahu salah seorang anak saudara saya telah meninggal dunia, tiga lagi termasuk adik saya masih dirawat di unit jagaan rapi," katanya dengan nada sayu.
Read more ►

Sabtu, 28 Desember 2013

Empat Maut Berikutan Cuaca Buruk Melanda Israel

0 komentar
Empat Maut Berikutan Cuaca Buruk Melanda Israel


BAITULMAQDIS – Cuaca yang melampau, termasuk hujan lebat dan angin kencang, membunuh empat orang di Israel dan wilayah Palestin lewat malam tadi, berikutan banjir melanda Timur Tengah.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta mereka dihanyutkan air deras di bandar Attil, Tebing Barat.
Tiga penduduk lagi mati awal pagi tadi selepas kereta yang dinaiki diterbangkan ribut di lebuh raya Tel Aviv-Baitulmaqdis, manakala 12 lagi parah susulan nahas jalan raya berikutan cuaca buruk di seluruh Israel. – AFP
Read more ►

Jumat, 20 Desember 2013

Warga emas maut terjatuh dari tingkat tiga Hospital Pulau Pinang

0 komentar
Salam semua,


Warga emas maut terjatuh dari tingkat tiga Hospital Pulau Pinang

GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas yang baru seminggu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tiga hospital itu di sini hari ini.


Pada kejadian pukul 1 tengah hari itu, lelaki terbabit, R. Tanchavarnam, 68, dimasukkan ke wad hospital itu selepas disyaki menghidap penyakit batuk kering. 


Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata lelaki terbabit sebelum itu dikatakan mengadu kepada beberapa orang jururawat dan doktor bahawa dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat penyakit yang dialaminya.

"Seorang jururawat telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berhubung penemuan mayat itu," katanya.


Gan berkata ini adalah kes pertama seumpamanya berlaku di hospital itu.

Beliau berkata siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat. - BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger