Jumat, 27 Desember 2013

Isteri hamil anak sahabat baik

0 komentar

myMetro 2 Ogos 2013

London: Pengasas siri X Factor, Simon Cowell dilapor akan menjadi bapa kepada bayi isteri rakan baiknya, jutawan pemilik kasino, Andrew Silverman.
Silverman memfailkan tuntutan cerai daripada isterinya, Lauren awal bulan lalu, tetapi tidak diketahui sama ada dia melakukan demikian selepas mendapat tahu isterinya hamil dengan anak Cowell.
Dia yang diwakili peguam keluarga Manhattan Cohen Goldstein memfailkan tuntutan cerai pada 24 Julai lalu.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Adam, 7, hasil daripada perkahwinan mereka.
FotoAKSI mesra Cowell (baring) dan Lauren ketika bercuti di Caribbean sambil diperhatikan Silverman, Januari tahun lalu.

Sebelum ini ada gambar menunjukkan aksi mesra Cowell, 53, bersama Lauren, 36, ketika bercuti di Caribbean pada Januari tahun lalu walaupun Silverman turut menyertai percutian itu dan berada tidak jauh dari mereka.

Sumber yang rapat dengan Cowell sebelum ini pernah berkata, mogul muzik itu tidak ingin mempunyai anak.

Sumber itu juga berkata, kehamilan terbabit tidak dirancang dan Cowell benar-benar terkejut.

Bagaimanapun Cowell dikatakan dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang bakal lahir itu adalah anaknya.

Lauren dikatakan hamil 10 bulan. Publisiti yang mengejutkan itu muncul hanya beberapa minggu sebelum bermulanya musim baru siri X Factor AS September depan.

Cowell dan Lauren yang menyerupai wajah bekas tunangnya Mezhgan Hussainy dikatakan sudah berkawan lebih lima tahun.

Cowell kini dikatakan sibuk dengan kes hartanya bernilai £225 juta (RM1.1 bilion), yang pastinya cukup untuk menyara anak yang bakal lahir itu. - Agensi
Read more ►

Senin, 23 Desember 2013

Amoi kejam bunuh anak itik dengan kakinya

0 komentar
Inilah kekejaman seorang gadis yang membunuh anak itik

dengan kakinya...








masih boleh senym lagi.... - SiakapKeli.com
Read more ►

Hukum hudud Pasangan Kekasih Dirotan Kerana Punya Anak Luar Nikah

0 komentar


Pasangan Kumpul Kebo Dicambuk Karena Punya Anak Luar Nikah
IST
ILUSTRASI
 

  Sepasang kekasih yang tak menikah dan tinggal serumah dihukum rutan sebanyak 100 kali kerana memiliki anak di luar nikah. Demikian dilansir Sydney Morning Herald, Khamis (21/6/2012).

Kejadian ini berlangsung di Timbuktu, Mali, dan pihak pegawai setempat mengatakan ini pertama kalinya hukuman semacam ini dijatuhkan sejak kelompok Islam militan Ansar Dine mengambil alih kota itu dan memberlakukan hukum Syariah yang ketat. Satu di antaranya tak boleh ada hubungan pacaran dan juga menenggak minuman keras.

Menurut laporan, orangtua bayi yang hamil sebelum kelompok pemberontak mengambil alih kota Timbuktu, dan kini dirawat di RS. Pemerintahan Mali mengalami kebuntuan sejak tentera mengambil alih kekuasaan di negara itu pada 22 Mac. Hal ini kemudian memicu penarikan tentera pemerintah dari utara negara itu dan memberikan kekekuasaan kelompok Ansar Dine dan National Movement for the Liberation of Azawad (MNLA) mengambil alih wilayah utara itu.
sumber :  TRIBUNNEWS.COM
Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Anak muda diseru bersama R Terengganu

0 komentar

Harakahdaily

Hazayani Zakaria, 14 Dis 2012

(Wakil R Terengganu berucap di pentas HKR)

DUNGUN: Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R) akan memulakan siri penerangan berhubung tuntutan mereka pada 21 Disember ini.
Pengerusi R Terengganu, Fauzi Abu Samad berkata, siri penerangan akan digerakkan ke semua kawasan di Terengganu bagi memberi kesedaran kepada rakyat  tentang hak mereka mendapat royalti petroleum sebanyak 20 peratus.

"Kalau kita dapat 20 peratus royalti, banyak perkara yang kita boleh lakukan termasuk menghapuskan PTPTN.

(Sebahagian orang ramai yang memenuhi tapak HKR)

"Kita tak mahu wang ehsan atau dana khas kerana hak kita lebih dari itu.
"R akan pastikan konvoi penerangan bergerak ke seluruh kawasan agar semua rakyat tahu hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno (PGU 6.0)  peringkat Terengganu di Dataran PGU, Paka, dekat sini hari ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 30,000 hadirin, beliau turut menyeru anak muda berjuang  bersama-sama R Terengganu demi masa depan mereka sendiri.

"Anak muda mesti bersama R Terengganu kerana ini demi masa depan mereka sendiri.
(Kaunter R Terengganu di HKR)

"Perjuangan kita bukan untuk masa ini sahaja tapi untuk masa akan datang, untuk anak-anak kita," katanya.

Petang tadi, R Terengganu mempersembahkan lagu ciptaan mereka berjudul "kembalikan royalti".

Antara NGO yang turut berucap ialah R Pusat, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah-wilayah Ketengah, Kesedar, Kejora dan Keda (Waris), dan Anti Lynas sementara menanti ketibaan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Read more ►

Selasa, 17 Desember 2013

13 kali hamil anak orang lain

0 komentar

10 Sept 2012

myMetro
LONDON: Dalam tempoh tujuh bulan lagi Carole Horlock akan bersalin dan bayi itu akan diserahkan kepada pasangan warga Itali tanpa perlu menunggu dia menggendongnya walaupun untuk seketika.
Dalam keadaan begitu, Carole tidak berasa apa-apa, malah gembira kerana sekali lagi dia berjaya membantu pasangan suami isteri yang tidak memiliki zuriat. Wanita Britain berusia 45 tahun itu menjadi ibu tumpang paling prolifik di dunia dan kini hamil untuk kali ke-13.

Kata Carole, pasangan yang tidak mempunyai anak dibantunya sangat menghargai pertolongan sedemikian.


“Anda boleh lihat kegembiraan di wajah pasangan terbabit sebaik saja menyentuh bayi mereka untuk kali pertama.

“Melihat kepada perasaan teruja dan penuh emosi itu mendorong saya menjadi ibu tumpang,” katanya. Lahir di Stevenage, Carole mempunyai dua anak perempuan - kini berusia 22 dan 19 tahun - hasil hubungannya dengan dua lelaki berbeza. Kata Carole, dia mengetahui mengenai ibu tumpang itu selepas membaca satu rencana di akhbar pada 1995 ketika bekerja di kedai dobi.


“Walaupun berusia 20-an, saya menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua anak perempuan.


“Saya faham bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anaknya dan betapa sedih seorang wanita yang tiada zuriat.

“Saya tak mampu mengubah hidup sesiapa dengan bekerja di kedai dobi, tetapi jika menjadi ibu tumpang, ramai yang beroleh manfaat,” katanya. Justeru, Carole menghubungi pertubuhan yang menguruskan perkhidmatan ibu tumpang seperti dipapar di akhbar. Setakat ini Carole melahirkan lapan bayi perempuan dan empat lelaki untuk pasangan bermasalah, termasuk sepasang kembar dua dan tiga. Biasanya Carole menerima bayaran antara �10,000 (RM49,787) dan �15,000 (RM74,681) daripada pasangan yang dibantunya. - DM. Borak Kosong
Read more ►
 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger