Selasa, 25 Februari 2014

Jep Terpaksa Tolak Tawaran Jadi DJ Radio

0 komentar

PETALING JAYA – Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep (Sepahtu), menolak tawaran untuk bergelar deejay radio sebuah stesen swasta walaupun sudah banyak kali menerima peluang itu.

Jep, 28, berkata, ini kerana dia mempunyai jadual kerja yang padat selain mahu memberi komitmen dalam bidang lakonan terlebih dahulu.

“Saya memang berminat menjadi seorang deejay radio, tapi saya tidak boleh beri komitmen seratus peratus kerana takut akan mengganggu masa penggambaran saya.

“Saya bimbang jika jadual kerja yang tidak dapat diaturkan dengan baik, ia akan menjejaskan juga masa artis lain,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Jep, dia menerima tawaran tersebut beberapa kali namun terpaksa ditolak.

“Saya segan juga, mereka bagi tawaran beberapa kali tapi saya tolak dengan cara baik kerana saya betul-betul takut tidak mampu untuk lakukan.

“Dulu saya pernah jadi penyampai di radio Era FM selama enam bulan dan ia memang agak sukar untuk bahagikan masa,” katanya.

Dalam pada itu, kata Jep, dia juga mengakui perlu memikirkan keputusan tersebut sama ada dapat membantu kerjayanya atau sebaliknya.

“Untuk buat banyak benda dalam satu-satu masa ia merupakan risiko. Saya jenis yang fokus satu kerja.

“Selain itu, saya juga fikir adakah ia akan membantu meningkatkan kerjaya saya atau menjatuhkannya,” kata Jep. - mStar Online
Read more ►

Selasa, 24 Desember 2013

Tiada Tolak Ansur Penjawat Awam Salah Guna Kuasa

0 komentar

LANGKAWI – Cuepacs tidak akan membela dan berkompromi dengan penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa kerana perbuatan itu menjejaskan nama baik perkhidmatan awam negara.

Presidennya Datuk Omar Osman menegaskan setiap penjawat awam wajar dihukum dan menanggung kesalahan yang dilakukan.

Penjawat awam seharusnya bekerja dengan penuh dedikasi agar Malaysia berjaya mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar Transformasi Kepimpinan dan Pengukuran Integriti di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tujuh pegawai awam akan diikenakan tindakan tatatertib susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Omar berkata Cuepacs memandang berat penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam dan mahu masalah itu diatasi dengan tegas termasuk mengambil perhatian teguran Ketua Audit Negara.

Beliau berharap semua penjawat awam bekerja dengan rasa tanggungjawab dan mengelak dari terjebak dengan sebarang unsur yang mencemarkan perkhidmatan awam agar dapat menghadapi cabaran lebih besar pada tahun depan.

Katanya Cuepacs sedang merangka beberapa program untuk melahirkan penjawat awam cemerlang khususnya bagi yang masih muda dan mampu menyumbang idea.

Seramai 120 ketua jabatan dari pelbagai agensi kerajaan menghadiri seminar empat hari itu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah. – BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger