Senin, 10 Maret 2014

Klip panelis tegur pelajar hangat di Internet

0 komentar
  • Wong Teck Chi
  • Malaysiakini Jan 15 2013
 
Ia bertujuan untuk menjadi satu forum yang melibatkan pelajar universiti, tetapi pada akhirnya salah seorang ahli panel hanya mahu pandangannya saja yang didengar.

NONEItulah kesimpulan yang dibuat oleh pengguna Internet selepas menonton video forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada bulan lepas.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur seorang pelajar KS Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, yang telah menjadi satu topik hangat perbincangan di Facebook dan forum Internet.

Bawani membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai BERSIH dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan bahawa sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

NONEKetika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan
berdiri di depannya.

Bawani tidak memperdulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.
Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.
Read more ►

Minggu, 23 Februari 2014

Paip Pecah Syabas Tegur Kontraktor Projek MRT

0 komentar

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengesan sebanyak 32 kes paip pecah disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) berlaku sejak tahun lalu.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kejadian itu menyebabkan banyak insiden gangguan bekalan air bersih tidak berjadual pada skala besar berlaku di sekitar Lembah Klang.

“Menurut rekod 2012, sebanyak lapan kes paip pecah berpunca daripada pihak kontraktor yang menjalankan pembinaan projek MRT/LRT. Sejak Januari lalu pula jumlah kes paip pecah akibat pembinaan projek MRT/LRT yang direkodkan sebanyak 24 kes.

“Peningkatan sehingga tiga kali ganda ini amat membimbangkan kerana ia secara langsung menimbulkan banyak kesulitan kepada Syabas dan orang ramai. Pengguna berhadapan gangguan bekalan air dan pengguna jalan raya pula mengalami kesesakan lalu lintas akibat kerja-kerja pembaikan paip tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Priscilla berkata, Syabas mengingatkan semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, syarikat pembinaan dan kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja korekan tanah supaya menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh sebelum sebarang kerja dimulakan.

Menurutnya, pihak terbabit perlu mengenal pasti kedudukan kemudahan utiliti-utiliti yang terletak di bawah tanah terutama saluran paip Syabas dan lain-lain utiliti termasuk kabel.

Kata beliau, penggunaan ‘Utility Services Detection’ dan ‘piloting’ perlu dijalankan sebelum kerja-kerja pembinaan bermula bagi mengelakkan aset-aset utiliti itu termasuk paip Syabas mengalami kerosakan.

Beliau turut meminta pihak terbabit sentiasa memastikan agar pihak kontraktor atau sub kontraktor mereka mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kerosakan terhadap paip-paip air.

“Syabas berharap kes kejadian paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga akibat kerja-kerja pembinaan yang dijalankandapat dikurangkan,” katanya.
Read more ►
 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger