Selasa, 24 Desember 2013

Lapangan Terbang Paling Bahaya di Dunia

0 komentar
The world most extreme airport falls to Lukla Airport, Nepal by History Channel, ASTRO 555.
Superb smart dokumentari pasal senarai airport paling merbahaya di dunia.
Lukla Airport mempunyai landasan sepanjang 1600 kaki dan di akhiri dengan cenuram sedalam 2000 kaki di penghujung landasan manakala penghujung satu lagi ialah tembok gunung. Ia merupakan landasan yang terletak di kawasan tertinggi di dunia, merupakan hab pintu masuk utama untuk ke pergunungan Everest.

Di senarai sebagai airport paling berbahaya di dunia untuk faktor rupa bentuk muka bumi, iklim yang super extreme dan landasan pendek. Sebaik pesawat membuat pendaratan, mereka tidak boleh berpatah balik dan tembok gunung menanti di hadapan.


Sumber: Lapangan Terbang Paling Bahaya di Dunia | Geng Lepak
Read more ►

Rabu, 18 Desember 2013

Awas bahaya Lolipop Pendafluor

0 komentar

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.


"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.
S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini. 
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak.
CAP officer N.V. Subbarow
Pegawai Penyelidik CAP NV Subbarow dengan lollipop pendarfluor popular yang dijual di seluruh Pulau Pinang. 
 Link Source
Read more ►
 

Copyright © Wong Jowo Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger